suria

Kendra Wilkinson Terlibat Dengan Video Seks Lagi

BEKAS model Playboy Kendra Wilkinson kembali terlibat dengan video seks. Kali ini ada sebuah video seks Kendra bersama seorang perempuan yang sedang hangat disebarkan.

Menurut Radar Online semalam, dalam video tersebut Kendra melakonkan beberapa adegan panas bersama perempuan bernama Taryn. Bekas kekasih Taryn, Kavi Cermak, sudah mengesahkan kepada Radar bahawa wanita dalam video tersebut adalah Taryn.

Khabarnya Vivid Entertainment juga sudah membeli video tersebut dan telah menjualnya. Sebelum ini, Vivid juga akan menjual video seks Kendra yang lain, Kendra Exposed.

Namun setakat ini Vivid masih bermusuh dengan Kendra tentang video seks tersebut. Bekas kekasih Bos Playboy itu tidak mahu videonya dijual.

Vivid merasa berhak menjual video panas tersebut kerana sudah membelinya pada harga US$ 100 ribu dari lelaki bernama Justin Frye, bekas kekasih Kendra yang melakonkan adegan intim dengan perempuan berambut perang itu dalam video Kendra Exposed.

Artikel Sebelum

Artikel Lain