suria

Diana Danielle Sakit Badan Kerana 'Kecoh Betul'

D sanggup menanggung kesakitan pada badannya kerana filem terbarunya, Kecoh Betul. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
D sanggup menanggung kesakitan pada badannya kerana filem terbarunya, Kecoh Betul. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI
D sanggup menanggung kesakitan pada badannya kerana filem terbarunya, Kecoh Betul. - Foto oleh MOHD SAHAR MISNI

DEMI bergelar seorang pelakon yang berkarisma dan berjaya, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson atau lebih mesra dengan sapaan D sanggup menanggung kesakitan pada badannya kerana komitmen terhadap filem terbarunya, Kecoh Betul.

Berkongsi pengalaman itu, D berkata, sebuah babak yang melibatkan aksi pergelutan di dalam kereta ketika dia cuba untuk meloloskan diri daripada pelukan beberapa penjahat mengakibatkan kesakitan pada badannya.

Bagaimanapun, kesakitan yang hanya dirasainya usai penggambaran dan ketika pulang ke rumah itu bukanlah kecederaan yang serius.

Sebaliknya, dia hanya berasa lenguh dan sengal-sengal badan sahaja dek rangkulan beberapa pelakon lain ketika melakonkan babak tersebut.

"Salah sebuah babak dalam filem itu menyebabkan kesakitan pada badan saya tanpa disedari. Demi memberikan yang terbaik untuk babak tersebut, saya bersungguh-sungguh cuba untuk memboloskan diri daripada rangkulan beberapa penjahat yang menculik saya.

"Namun, kesakitan itu tidak dirasai ketika waktu penggambaran. Saya hanya berasa sakit badan apabila sudah pulang ke rumah. Namun, ia tidak menyebabkan kecederaan pun, cuma sakit-sakit biasa sahaja," akuinya.

Berkongsi cerita mengenai pembabitan sulungnya dalam filem komedi, D menyifatkan watak sebagai Dayana dalam filem itu tidak begitu mencabar.

Bagaimanapun, kesukaran paling besar yang perlu diharunginya adalah untuk tampil selamba dengan suntikan komedi spontan di samping bintang-bintang pelawak yang lain.

"Saya seronok kerana berpeluang membintangi filem komedi. Sebagai pelakon, ia satu percubaan yang baik jika dapat mempelbagaikan genre filem atau drama yang dibintangi. Saya gembira sepanjang terlibat dengan penggambaran filem ini.

"Walaupun watak saya bukanlah watak yang sukar untuk dilakonkan tetapi berlakon di samping Nabil, Saiful Apek dan Bell yang sememangnya kelakar adalah satu cabaran bagi saya kerana terpaksa menahan gelak.

"Namun, ia satu pengalaman yang manis buat orang baru seperti saya," ujar D yang ditemui pada majlis pratonton filem komedi arahan S. Baldev Singh itu baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain