suria

Sharon Stone Kesal Jalani Pembedahan Bibir

Aktres Sharon Stone menghadiri tayangan khas filem Behind the Burly Q di New York pada 19 April lalu. - Foto AFP

SHARON Stone berasa kesal kerana menjalani pembedahan untuk mengatasi masalah bibirnya yang tebal.

Bintang filem The Basic Instinct itu mengakui dia berasa amat kecewa setelah berpisah dengan penerbit Phil Bronstein lalu bertindak menjalani pembedahan plastik pada bibirnya.

Ketika itu, Stone berasa pembedahan kosmetik itu salah satu kaedah untuk menceriakannya.

Bagaimanapun, hasil itu amat mendukacitakannya.

"(Saya percaya) tiada sesiapa akan menyukai saya lagi. Kehidupan saya akan bertambah baik sekiranya saya mempunyai bibir yang menarik," katanya kepada media.

Stone mengakui sejak itu, gincu tidak dapat bertahan lama bila dipakai dan bibirnya tidak nampak normal lagi.

"Saya seperti ikan daripada famili Salmonidae yang rupanya seakan-akan salmon tetapi saiznya lebih kecil dan badannya berbintik-bintik," katanya.

Artikel Berikut

Ajai Cari Pelapis

Artikel Lain