suria

Norman Sendiri "Terpinga-pinga" Tentang Kelainan Final AF8

Norman Abdul Halim ialah Pengetua AF8. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Norman Abdul Halim ialah Pengetua AF8. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI
Norman Abdul Halim ialah Pengetua AF8. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI

TINGGAL dua hari lagi menjelangnya konsert akhir Akademi Fantasia musim kelapan (AF8).

Ramai tertanya-tanya apakah kelainan yang dibawa pihak produksi pada musim ini berbanding musim-musim sebelum ini.

Pengetua AF8, Norman Abdul Halim sewaktu diajukan soalan itu turut "terpinga-pinga" tentang kejutan yang akan ditawarkan pada malam konsert itu nanti.

"Tak boleh cakap bagi pihak produksi kerana mereka mempunyai perancangan masing-masing.

"Saya pun terkejut dengan apa yang mereka akan buat. Saya pun tidak dapat mengesannya," katanya pada sidang akhbar konsert AF8 minggu kesembilan lalu.

Konsert akhir AF8 akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada Sabtu ini jam 9 malam.

Apa yang pasti, dari segi persembahan lagu, tegas Norman, pihaknya memang tetap dengan pendirian bahawa para pelajar perlu menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai aliran muzik yang sesuai dengan mereka.

"Sekiranya Maulana terkenal dengan lagu jazz, lagu rock pun boleh dijazzkan.

"Itu bagi sayalah. Itulah tugas pengarah lagu yang ditugaskan untuk mencipta lagu yang sesuai dengan jiwa Maulana," katanya.

Pada malam itu, Norman memberitahu, secara keseluruhannya, pelajar-pelajar akan mempersembahkan lagu-lagu single mereka secara penuh.

Katanya, mereka juga ditugaskan menyanyi sebuah lagu yang diberikan mengikut cara mereka sendiri.

"Kita tidak mahu sekiranya seorang pelajar itu diberikan tugasan... dapat lagu Jamal Abdillah dan dia nyanyi macam Jamal Abdillah. Tidak wujud dalam AF8 ini. Kalau adapun, minggu pertama dan kedua.

"Tetapi apa yang dapat saya lihat.. malah Shahir pun keluar dari kepompong tersebut. Sekarang saya percaya Shahir boleh nyanyikan apa-apa lagu yang diberikan dengan caranya yang tersendiri," katanya yang berbangga dengan prestasi peserta-peserta AF8.

Norman memberitahu, dia berasa bangga dikaitkan dengan AF8.

Beliau percaya pelajar-pelajar AF8 akan membuat persembahan yang membanggakan pada final AF8 nanti.

Artikel Berikut

Ajai Cari Pelapis

Artikel Lain