suria

Lindsay Lohan Nafi 'Cinta Lesbian' Terbaru

PENYANYI dan pelakon Lindsay Lohan menafikan laporan yang mengaitkan dirinya dengan kekasih lesbian baru.

Menurut satu laporan akhbar New York Post, jurugambar selebriti Indrani telah mengakui dirinya mempunyai hubungan dengan aktres filem Mean Girls itu sebelum ini.

"Saya tidak pernah ada hubungan dengan wanita sebelum ini, tapi Lindsay seorang yang sangat istimewa, cantik dan sangat bijak, malah seorang yang sangat seksi," katanya.

Walaupun beberapa sumber memaklumkan Indrani pernah dilihat bermalam di kamar hotel Lindsay sebelum ini, penyanyi itu sebaliknya menyangkal semua dakwaan yang mengaitkannya dengan Indrani.

"Tidak, tidak, tidak... Tidak mungkin saya akan berpacaran dengannya (Indrani)," katanya yang dipetik sebagai berkata kepada US Weekly.

Sementara itu, mereka juga dilaporkan pernah mengambil gambar berahi bersama untuk sebuah sesi fotografi sempena Hari Ibu, baru-baru ini.

Menurut Abe Gurko menerusi laman web IMeanWhat.com: "Lindsay dan Indrani kelihatan 'mesra' bersama sejurus sesi fotografi itu. Jelas sekali, kedua-duanya mempunyai tarikan antara satu sama lain."

Artikel Berikut

Ajai Cari Pelapis

Artikel Lain