suria

Kes Cerai: Suami Anne Ngasri Fail Pembelaan 14 Jun

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan tarikh 14 Jun ini bagi Abdul Wafi Hassan, 29, sebagai defendan menfailkan pembelaan kes pengesahan penceraiannya dengan Ngasriah Ngasri, 26.

Abdul Wafi melafazkan cerai pada 25 Mac lalu, pukul 11.20 pagi di rumahnya dengan lafaz "Aku ceraikan kau Anne". Plaintif iaitu Anne ketika itu mengandung dua bulan.

Sebelum ini, defendan pernah melafazkan cerai dua kali, bagaimanapun tidak di failkan di mahkamah.

Menurut peguam syarie mewakili Abdul Wafi, Mohd Hamidullah Che Hassan, mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan tersebut bagi membolehkan defendan menfailkan pembelaan tersebut.

Difahamkan juga, Anne dan Abdul Wafi telah tinggal berasingan sejak cerai dilafazkan. Bagaimanapun, Anne ketika ditemui di luar mahkamah enggan memberi sebarang komen.

Anne mendirikan rumah tangga bersama Abdul Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata.

Artikel Berikut

Ajai Cari Pelapis

Artikel Lain