Jennifer Lopez bergaya dengan suaminya, Marc Anthony di padok sebelum perlumbaan Monaco Formula One Grand Prix bermula di litar lumba Monaco di Monaco pada 16 Mei, 2010. - Foto APPENYANYI dan aktres, Jennifer Lopez membelanjakan AS$30 juta untuk menyewa sebuah kapal layar mewah supaya ahli-ahli keluarganya mempunyai privasi semasa berada di Cannes.Bintang berusia 40 tahun itu mempunyai anak kembar, Max dan Emme, 2, hasil perkongsian hidup dengan suami Marc Anthony. Lopez berusaha mengelakkan ahli-ahli keluarganya daripada publisiti yang tidak diperlukan.Penyanyi terkenal itu menghadiri Festival Filem Antarabangsa Cannes ke-63 di situ."Kapal layar itu mempunyai empat kru. Oleh itu, ia lebih mewah daripada hotel," menurut sumber.