suria

Kim Kardashian Sedia Jadi Isteri Lagi

SELEBRITI Hollywood Kim Kardashian tidak mahu lama-lama menyandang status janda. Wanita yang khabarnya mempunyai hubungan dengan pemain bola sepak Cristiano Ronaldo itu bersedia untuk bergelar isteri.

Menurut Showbiz Spy semalam, Kim yang kini berusia 29 tahun sedang mencari pasangan hidup dan berharap dapat bertemu dengan lelaki yang tepat sebagai calon suaminya.

"Saya yakin lelaki selepas ini akan menjadi suami saya," ujarnya.

Kim mengaku baru kali ini dirinya menjanda dalam waktu yang cukup lama. Sebelum ini, Kim pernah berkahwin dengan produser muzik Damon Thomas pada 2000 sebelum bercerai empat tahun kemudian.

Pada 2007 lalu, Kim juga pernah bercinta dengan penyanyi R&B, Ray J. Hubungan Kim dan Ray putus setelah video seks mereka tersebar di Internet.

Artikel Sebelum

Artikel Lain