suria

Jordan Praktik Yoga Atasi 'Sumpahan Mandul'

Katie Price menghadiri Elton John Oscar Party di West Hollywood, California pada 7 Mac, 2010. - Foto AP

KATIE Price yang juga dikenali sebagai Jordan mengamalkan yoga selepas doktor memberi amaran bahawa dia berkemungkinan tidak dapat mengandung kerana kehadiran toksin dalam badan.

Sumber memberitahu, toksin itu berpunca daripada Botox dan kulitnya yang dijadikan perang.

Suami Jordan, Alex Reid menasihatkannya untuk menjalani meditasi serta yoga.

Selain itu, dia juga menasihatkan isterinya supaya mempraktikkan teknik membebaskan emosi yang dipelajari semasa mengembara ke merata-rata tempat.

"Kate berasa was-was pada mulanya tetapi mencuba selepas Alex asyik membebel," menurut sumber.

Tambah sumber, Jordan mula menjalani latihan pernafasan dan yoga.

Perhubungan mereka sebagai suami-isteri juga bertambah baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain