suria

Oprah Winfrey Pujuk Gaga Buat Persembahan Di Gala

Lady Gaga membuat persembahan di Tokyo, Japan, pada 20 April 2010. - Foto AP
Lady Gaga membuat persembahan di Tokyo, Japan, pada 20 April 2010. - Foto AP
Lady Gaga membuat persembahan di Tokyo, Japan, pada 20 April 2010. - Foto AP

PENYANYI Lady Gaga dilaporkan mengunci dirinya dalam bilik persalinan dan enggan keluar semasa dia sedang bersedia membuat persembahan Costume Institute Gala pada 3 Mei lalu di New York.

Penganjur bersama acara itu, Oprah Winfrey terpaksa memujuknya keluar dari bilik untuk membuat persembahan.

Bintang handalan The Poker Face itu pada mulanya diajak oleh editor Vogue, Anna Wintour untuk membuat persembahan.

Dia hanya bersetuju berbuat demikian selepas Winfrey memberikan galakan serta sokongan kepadanya.

"Dia enggan keluar. Kawan-kawan cuba. Lyor Cohen (eksekutif Warner Music) cuba tetapi tidak berjaya.

"Akhirnya, Vito Schnabel (artis) datang dan menyerahkan telefon bimbit kepada Gaga. Di dalam talian tersebut ialah Terence Koh. Koh dan Oprah berjaya memujuknya keluar," menurut sumber.

Artikel Lain