suria

Jolie Ugut Tinggalkan Pitt Jika Mereka Tidak Berkahwin

AKTRES Angelina Jolie mendesak Brad Pitt untuk segera mengahwininya. Jika mereka tidak berkahwin pada hari ulang tahunnya pada 4 Jun ini, Jolie mengugut untuk meninggalkan Pitt.

"Saya mendengar Angie (Jolie) seperti bercakap di telefon dengan Brad Pitt. Sambil tersenyum, Angie berkata 'lebih baik kamu berkahwin dengan saya pada 4 Jun ini atau saya yang pergi'," ujar salah seorang sumber kepada Showbiz Spy semalam.

Sejak bulan lalu, Jolie dilihat semakin dominan dalam hubungannya bersama Pitt. Dia meminta Pitt untuk mengikat hubungan secara rasmi. Selama bertahun-tahun mereka hidup bersama dan dikurniakan tiga orang anak, Jolie berasa tempoh itu cukup untuk dirinya mula mendirikan rumah tangga.

Rancangan perkahwinan Jolie dan Pitt khabarnya telah bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Bekas isteri Pitt, Jennifer Aniston mengaku terkejut mendengar khabar tersebut.

Pada 4 Jun nanti, Jolie akan merayakan ulang tahunnya yang ke-35. Dia menginginkan hadiah komitmen pernikahan daripada Pitt. Kini Jolie dan Pitt tinggal di Venesia, Itali bersama enam anaknya.

Artikel Lain