suria

KD Relakan Aurelle Mesra Dengan Syahrini

KD (kiri) dan Datuk Siti ketika menjayakan persembahan pembukaan menerusi lagu Amarah di AIM17 di PWTC, Kuala Lumpur kelmarin. - Foto oleh AZMAN GHANI

BARU-BARU ini, penyanyi Syahrini menonton konsert bersama anak perempuan Krisdayanti dan Anang, Aurelle. Sebagai ibu kepada Aurelle, KD merelakan anaknya itu mesra dengan pasangan duet Anang itu.

"Tidak mengapa, masih bagus Aurelle dijaga dengan baik," ujar KD kepada detikhot ketika ditemui di Bandara Soekarno Hatta, Cengkerang, Banten semalam.

Menurut KD, Aurelle tidak meminta izin daripadanya untuk menonton konsert bersama Syahrini. Namun sebelum itu, puteri sulungnya itu pernah memaklumkan yang dia akan menonton konsert Kelly Clarkson di Jakarta.

"Saya juga selalu menggalaknya untuk menonton konsert, jadi tidak mengapalah," tegasnya.

Ketika menonton konsert, Aurelle berpakaian menyamai gaya Syahrini. Bagi KD, dia juga tiada masalah dengan perkara itu.

"Anak saya sudah remaja," ujar KD yang baru pulang dari Malaysia sempena Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17.

KD memenangi dua anugerah iaitu Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu bersama Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Amarah serta Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara menerusi lagu Aku Wanita Biasa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain