suria

Lirik Lagu Tulisan Tangan John Lennon Dilelong US$700,000

SALINAN lirik lagu The Beatles iaitu A Day In The Life yang ditulis tangan oleh John Lennon akan dilelong pada harga US$700,000. Harga itu diambil kira berdasarkan sejarah lama The Beatles.

Lirik lagu itu ditulis pada tahun 1967, dilengkapi dengan tanda tangan John Lennon. Pada kertas tersebut, terdapat tulisan tangan Paul McCartney. Muka hadapan kertas itu menunjukkan lirik asal John dan muka belakangnya adalah penyempurnaan lirik lagu yang dibuat oleh Paul.

Bekas anggota The Beatles, Mal Evans yang merupakan pemegang sekaligus pemilik kertas tersebut merancang untuk melelong barang berharga itu di galeri Sotheby, New York.

Lagu A Day In The Life merupakan salah satu lagu The Beatles yang terlaku pada tahun 1967. Lagu itu terdapat dalam album Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band. Bayangkan, ketika itu A Day In The Life berada di carta tertinggi lagu Inggeris selama 27 minggu dan 15 minggu dalam carta lagu Amerika Syarikat.

"Lirik tersebut memberikan pemandangan yang jarang-jarang berlaku dan mendinamikkan lagu The Beatles," ujar jurucakap pelelong Sotheby kepada Mail Online.

Mengikut perancangan, lelongan lirik lagu tulisan tangan Lennon itu akan berakhir pada Jun tahun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain