suria

Heidi Klum Bengang Gambar Lucahnya Tersebar

Model dan aktres Heidi Klum hadir ke tayangan perdana filem "The Back-up Plan" di Los Angeles, California pada 21 April 2010. - Foto REUTERS
Model dan aktres Heidi Klum hadir ke tayangan perdana filem
Model dan aktres Heidi Klum hadir ke tayangan perdana filem "The Back-up Plan" di Los Angeles, California pada 21 April 2010. - Foto REUTERS

HEIDI Klum masih bengang selepas gambar lucahnya bersama suami disebarkan oleh jurugambar rambut yang dijemput ke rumahnya.

Gambar itu diletakkan di bilik tidur pasangan tersebut.

Klum tidak terfikir individu terbabit tergamak melaporkan apa yang dilihatnya kepada media.

Sambil mengutuk tindakan biadap itu, model tersohor menjelaskan kepada hos program bicara Amerika Syarikat, Ellen DeGeneres tentang bagaimana foto lucah tersebar.

"Tiada sesiapa masuk ke bilik tidur saya. Dia membantu saya menggayakan rambut di bilik tidur dan kemudian berita sensasi itu tersebar," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain