suria

Fazura, Soo Wincci Duta Baru Avon

Soo Wincci dilantik sebagai duta rasmi rangkaian jagaan kulit Anew oleh Avon. - Foto oleh SAMUEL ONG
Soo Wincci dilantik sebagai duta rasmi rangkaian jagaan kulit Anew oleh Avon. - Foto oleh SAMUEL ONG
Soo Wincci dilantik sebagai duta rasmi rangkaian jagaan kulit Anew oleh Avon. - Foto oleh SAMUEL ONG

RAMAI yang mengenali Soo Wincci sebagai Ratu Dunia / Malaysia 2008/09, namun jelitawan ini bukan sekadar peragawati.

Disebalik kejelitaannya yang memukau, dia bukan sahaja mempunyai latar belakang yang lebih menarik iaitu berkebolehan bertutur dalam lima bahasa malah mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang dan ijazah perniagaan serta berbakat dalam lakonan dan mempunyai sebuah album solo!

Lantas, tidak hairanlah Avon dengan bangganya memilih Soo Wincci sebagai duta rasmi rangkaian jagaan kulit paling laris mereka, Anew.

Kehadirannya ideal dalam keluarga besar duta-duta Avon, namun keanggunannya bukanlah satu-satunya faktor yang menarik Avon untuk mendekatinya.

“Saya berasa bangga kerana jenama berprestij seperti Avon sudi memilih saya menjadi duta mereka. Menjadi wajah bagi syarikat yang berkongsi nilai yang sama dalam kesungguhan memperkasakan wanita sememangnya cukup hebat,” katanya semasa majlis pengumumannya sebagai duta produk Anew dalam Avon Laboratory of Beauty Discoveries di Hotel One World, Petaling Jaya semalam.

Kebetulan, pengumuman Soo Wincci ini disusuli dengan kemunculan rangkaian baru Anew iaitu Anew 360° White. Ia merupakan koleksi jagaan kulit memutih yang menghalang pengeluaran enzim utama melanin dan menyerlahkan Whitality (whitens + vitality) [memutih + memberikan tenaga].

Soo Wincci berkesempatan mencuba rangkaian baru ini dan menggemarinya. Rangkaian Anew 360° White akan dipasarkan bermula Mei ini.

“Anew 360° White mengekalkan kecerahan kulit saya. Liang roma semakin mengecil dan tona kulit saya menjadi sekata. Kawan-kawan pun sering menegur ‘kulit baru’ saya.

“Selain itu, ia juga melembapkan kulit saya dan mengelakkan kulit daripada menjadi kering,” ujar peguam berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, aktres dan pengacara jelita Fazura yang dilantik sebagai duta haruman Avon Malaysia sejak Januari lalu turut memperkenalkan haruman terkini Avon, Ungaro Fever.

Abadikan kehangatan cinta anda dengan Ungaro Fever Eau de Parfum 50ml, kini di pasaran pada harga RM109 (Sabah & Sarawak RM125.35).

Dalam pada itu, Avon turut melancarkan gincu Smooth Minerals yang diformulasikan dengan 100 peratus bahan dan pewarna mineral semulajadi. Ia dijual pada harga RM25.90 (Sabah & Sarawak RM28.90) di wakil Avon atau butik kecantikan Avon seluruh negara mulai 16 Jun ini.

Untuk maklumat, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain