suria

Salman Khan Aktor Terbaru Sertai Twitter

Aktor Bollywood, Salman Khan (kiri) dan Zarine Khan menghadiri acara promosi filem Hindi, "Veer' di Mumbai pada 17 Januari 2010. - Foto AFP
Aktor Bollywood, Salman Khan (kiri) dan Zarine Khan menghadiri acara promosi filem Hindi,
Aktor Bollywood, Salman Khan (kiri) dan Zarine Khan menghadiri acara promosi filem Hindi, "Veer' di Mumbai pada 17 Januari 2010. - Foto AFP

BINTANG Bollywood, Salman Khan ialah aktor terbaru yang menyertai laman blog, Twitter.

Kegilaannya mendekati Twitter dapat diperhatikan daripada mesej Salman yang dikemaskinikan di akaun Twitter miliknya.

"Arbaaz ne kaha ke Tweet karna toh banta hai boss. Chalo now, whoever was being me, party over, baju hatto please (Arbaaz berkata saya mesti Tweet sekarang. Jadi sesiapa yang bersama saya sekarang tolong ketepi)," Salman menulis dalam mesej awal tersebut.

Pereka bentuk permata, Farah Khan Ali menjemput selebriti kacak itu untuk menyertai Twitter.

Tatkala ramai aktor Bollywood telah menyertai Twitter, lain-lain bintang seperti Amitabh Bachchan, Saif Ali Khan, Aamir Khan, Aishwarya Rai dan Sushmita Sen masih belum menjadi ahli Twitter.

Artikel Lain