suria

Paris Rasa Doug Reinhardt Pergunakannya

Paris Hilton dan Doug Reinhardt ketika menghadiri satu majlis di Beverly Hills, California pada tahun lalu. - Foto AFP

SOSIALIT Paris Hilton, 29, berpisah dengan Doug Reinhardt kerana beranggapan bintang realiti televisyen menggunakannya untuk mengembangkan kerjayanya.

Waris perempuan hotel itu terpaksa menilai semula perhubungannya dengan bekas bintang filem 'Hills' selama 14 bulan.

Paris berbuat demikian selepas mengetahui Doug akan menjadi pengarah satu rancangan realiti untuk adiknya sendiri.

Media melaporkan Doug ingin Paris turut serta dalam program itu.

"Paris tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menyertai rancangan realiti itu. Bagaimanapun, Doug mendesaknya untuk menyertainya. Paris enggan dan tanpa penglibatannya, rancangan realiti itu tidak akan dijalankan," menurut sumber.

Artikel Lain