suria

Demi Moore Cemburu Kim Kardashian?

Kim Kardashian membuat penampilan di Sephora, New York untuk mempromosikan wangian terbarunya, 'Kim Kardashian' pada 15 Februari 2010. - Foto AP

AKTOR Hollywood, Ashton Kutcher adalah peminat setia Kim Kardashian dan ini dikhabarkan menyebabkan isterinya, Demi Moore cemburu terhadap bintang realiti itu.

"Kutcher ialah peminat besar 'Keeping Up With The Kardashians'. Bagaimanapun Moore berkata dia tidak dapat menonton program tersebut.

"Walaupun telah berkahwin lebih dari empat tahun, Moore masih tidak yakin terhadap kesetiaan suaminya, Kutcher ekoran perbezaan umur sebanyak 15 tahun.

"Lebih-lebih lagi, Kardashian bermain cinta dengan Kutcher menyebabkan Moore bertambah perasaan cemburu tersebut," menurut sumber.

Bulan lalu, Moore mengkritik Kardashian di akaun Twitter kerana perhubungan mesra antara suaminya dan Kardashian.

Artikel Lain