Jessica Simpson menghadiri parti The Vanity Fair Oscar pada 7 Mac 2010, di barat Hollywood, California. - Foto AP PENYANYI rock, Courtney Love tertarik dengan Jessica Simpson selepas keluar dengannya.Sambil menyifatkannya sebagai seorang bintang handalan yang sangat rajin, Love berkata: "Dia sangat seksi... juga seorang penyanyi pop yang berhak menempa kejayaan," Love tulis pada akaun Twitter miliknya selepas berjumpa dengan Simpson. Bagaimanapun Love tidak suka dengan ketagihan Simpson pada gula-gula gam jenis Nicorette."Kenapa anda ketagih pada gula-gula jenis Nicorette padahal anda tidak pernah menghisap rokok sepanjang hayat anda?"