suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suri Cruise Masih Setia Dengan Botol Susu Di Usia 4 Tahun

PUTERI kepada pasangan bintang Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes, Suri Cruise mungkin sudah pandai melaram dengan stileto di usia empat tahun.

Namun, di sebalik kasut tumit tinggi dan fesyen berjenama yang disarungkan ke tubuh anak kecil itu, Suri masih lagi tidak dapat berenggang daripada botol susunya.

Terbaru, Suri dilihat menyusu daripada botol susunya ketika berada di lokasi penggambaran filem terbaru ibunya, Son of No One di Manhattan.

Pada tahun 2008, Suri yang berusia dua tahun ketika itu begitu sinonim dengan botol susu. Tahun terus berganti, sehingga hari ini anak yang terlalu dimanjakan itu terus setia dengan botol susu walaupun sudah mencecah usia empat tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain