suria

Lindsay Lohan Dipaksa Masuk Pusat Pemulihan Lagi

LINDSAY Lohan masih belum boleh menghilangkan hobi lamanya kerana baru-baru ini dia menghabiskan dua malamnya untuk berpesta di sebuah pusat hiburan.

Kini, bintang Mean Girls itu sekali lagi dipaksa memasuki pusat pemulihan.

"Dia perlu kembali ke pusat pemulihan kerana semua orang terdekat sudah memaksanya," ujar salah seorang ahli keluarga Lindsay kepada ShowbizSpy kelmarin.

Namun, masalah terbesar perempuan berusia 23 tahun itu adalah merasakan dirinya sudah besar dan tidak memerlukan pertolongan.

"Tiada yang boleh memaksa Lindsay untuk memasuki pusat pemulihan," jelasnya.

Sebelum ini, pelakon yang berlakon buat pertama kalinya menerusi The Parent Trap itu dikhabarkan muflis sehingga tidak mampu membayar sewa rumah apartmennya. Namun begitu dia menafikan dakwaan itu.

Artikel Lain