suria

Michael J Fox: Saya Lebih Rela Minum Asid Bateri Daripada Bir

Michael J. Fox menghadiri Huffington Post Pre-Inaugural Ball di The Newseum pada 19 Januari 2009 di Washington. - Foto AP

PEMENANG anugerah Golden Globe, Michael J Fox berasa tindakan berhenti minum alkohol membantunya mengatasi penyakit Parkinson.

Fox berkata, dia lebih rela minum asid bateri daripada bir.

Aktor berusia 48 tahun itu menyifatkan peringkat awal dia menghidap Parkinson seperti 'satu pergaduhan bersenjata di kamar kecil'.

Dia dikenal pasti menghidap penyakit itu pada tahun 1991.

Bagaimanapun, Fox berasa tindakan berhenti minum alkohol adalah tepat malah memperbaiki kesihatannya.

"Saya lebih rela minum asid bateri daripada bir," katanya.

Artikel Lain