suria

Ameng Direman Tiga Hari

AMENG
AMENG
AMENG

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock popular tahun 90-an, Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan terhadap bekas isterinya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Ahmad Shakib Ismail.

Penyanyi berusia 42 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 30 Mac lepas, bekas isteri penyanyi itu yang juga seorang pelakon dan penerbit drama, A. Aida membuat laporan polis kerana menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan daripada bekas suaminya itu.

Petang kelmarin, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata penyanyi itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Ameng pernah dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Kampung Raja dekat Jertih setelah mengaku bersalah menagih dadah jenis syabu awal September 2005.

Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 13 dan lapan tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain