suria

Naomi Campell Tangguh Kunjungan Ke Haiti

SUPERMODEL terkenal Naomi Campbell dilaporkan telah menunda kunjungannya ke Haiti ekoran penularan wabak Malaria di seluruh negara itu.

Sejak bencana yang mengorbankan ratusan ribu nyawa itu berlaku tanggal Januari lalu, supermodel berbangsa Britain itu giat mengumpulkan dana bagi membantu mangsa gempa bumi di situ.

Campbell yang mengacarakan beberapa pertunjukan fesyen terkemuka di New York dan London bagi tujuan itu dijadualkan terbang ke Haiti pada 10 April ini bagi membantu mangsa-mangsa yang terselamat.

Namun, kunjungannya ke Haiti terpaksa ditangguhkan selepas wabak itu kian menular di seluruh negara itu.

Bagaimanapun, sumber dalaman mengesahkan kepada akhbar hujung minggu, Britain's Mail, Campbell masih merancang untuk mengunjungi negara itu di masa akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain