suria

Pukul Isteri: Badrul Muhayat Mengaku Tidak Bersalah

Badrul Muhayat
Badrul Muhayat
Badrul Muhayat

KUALA LUMPUR: Aktor dan bekas model, Badrul Muhayat Ahmad Jalani hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas dua pertuduhan mencederakan isterinya dua minggu lalu.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan, Badrul didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Julia Daud pada 24 Mac lalu kira-kira pukul 7 pagi di Lot 313E, Jalan 49, Bukit E, Kg Cheras Baru, 55100, Kuala Lumpur dengan menumbuk mangsa di muka dan menendangnya di perut.

Manakala pertuduhan kedua, Badrul didakwa pada hari dan waktu yang sama dengan sengaja memukul mangsa dengan menggunakan penyapu di bahagian kaki dan punggung.

Hakim Wan Karimah Wan Mohd Ab. Ghani membenarkan dia dibebaskan melalui ikat jamin dan menetapkan denda sebanyak RM3,000 bagi kedua-kedua pertuduhan.

Badrul yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon kepada mahkamah untuk mengurangkan bayaran denda sebanyak RM500 atas alasan laporan media mengenai kesnya telah menyebabkan pembayaran lakonannya tertangguh.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan Dr. A Vasu memohon kepada mahkamah supaya mengekalkan denda itu.

Menurutnya, denda yang dikenakan adalah setimpal dengan kes yang diutarakan.

Hakim kemudiannya menetapkan supaya Badrul membayar denda ikat jamin sebanyak RM2,500.

Hakim juga menetapkan 13 Mei depan sebagai sebutan semula kes bagi memberi peluang kepadanya untuk melantik peguam.

Jika disabitkan bersalah Badrul boleh dikenakan hukuman penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-keduanya sekali di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Artikel Berikut

AF 8: Anum Tersingkir

Artikel Lain