suria

Konsert Rossa Dimeriahkan Kanak-Kanak Permata

Penyanyi pop popular Indonesia Rossa memberi pos istimewa pada sidang akhbar di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara semalam Foto-BERNAMA

PENYANYI jelita Rossa yang bakal mengadakan konsert pertamanya pada 29 Mei ini akan dimeriahkan lagi dengan 50 orang kanak-kanak daripada program Permata Negara.

Kanak-kanak yang terpilih tersebut akan membuat penampilan khas dalam konsert penyanyi terkenal Indonesia itu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Pengerusi Jawatankuasa Projek Perintis Permata Negara, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod berkata, kanak-kanak yang terpilih untuk beraksi bersama Rossa dalam ”Konsert Rossa-Melodi Cinta” terdiri daripada mereka yang cemerlang dan berbakat dalam akademik, seni koir serta muzik.

"Penampilan kanak-kanak ini adalah ekoran kekaguman Rossa terhadap usaha (isteri Perdana Menteri) Datin Seri Rosmah Mansor untuk menggilap bakat dan kecemerlangan kanak-kanak dalam bidang seni”, katanya pada sidang media Konsert Rossa-Melodi Cinta.

Beliau berkata, Rosmah bersetuju menjadi penaung kepada konsert itu selain menyaksikan penampilan khas kanak-kanak Permata tersebut pada malam konsert berlangsung.

Sementara itu, seramai 20 kanak-kanak dari kumpulan Tunas Budaya, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara turut terlibat bersama kanak-kanak daripada program Permata Negara dalam konsert berkenaan.

Artikel Berikut

AF 8: Anum Tersingkir

Artikel Lain