suria

Siti Tak Pernah Campur Peribadi KD

SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA
SITI NURHALIZA

"WALAUPUN kami berkawan baik tetapi saya tidak pernah bertanya tentang hal-hal peribadinya. Dari dia masih bersama Anang lagi saya tidak pernah campur urusan peribadi Kris Dayanti (KD)," ujar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang menolak cakap-cakap mengatakan dia mempengaruhi KD dalam kehidupan diva popular Indonesia itu.

Beliau mengakui keakraban mereka hanya berlandaskan soal kerja dan sebagai rakan seperjuangan, mereka hanya bertanya khabar berita dan bercakap tentang kerja bukan soal peribadi.

"Masyarakt boleh menilai dan beri pendapat mereka, tetapi apa yang berlaku dalam soal peribadi KD hanya dia dan Anang yang lebih mengetahuinya," ujarnya.

Siti turut memberitahu perjalanan hidup mereka berdua tidak sama malah apa yang berlaku sudah tertulis dan dia hanya mengharapkan yang terbaik kepada teman baiknya itu.

"Apa yang dikatakan KD mungkin sebab dia gembira melihat kebahagian Siti bersama suami dan keluarga. Terus terang Saya katakan bahawa saya tidak pernah menghasut KD untuk ikut seperti saya.

"Sebagai teman rapatnya saya sering mendoakan kebahagiaan dia dan apa yang terbaik buatnya. Apa yang terjadi dalam perhubungannya sudah pun ditentukan, setiap jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki telah ditentukan Allah," jelasnya tenang.

1 April lalu telah genap 15 tahun Siti bergelar anak seni dan pada tarikh tersebut juga dia telah diumum bakal bergandingan dengan rakan baiknya itu KD minggu setiausaha dan pembukaan rasmi Shah Alam Convention Centre (SACC) pada 27 dan 28 April, pukul 8 malam hingga 11.30 malam.

Artikel Sebelum

Yuni Shara Restui Raul-KD?

Artikel Berikut

Artikel Lain