suria

Jessica Alba Rancang Ambil Anak Angkat

BINTANG Hollywood Jessica Alba telah mengumumkan kepada umum mengenai hasratnya untuk mengambil anak angkat.

Ketika muncul di rancangan Extreme Makeover: Home Edition, aktres itu merancang untuk menambah bilangan ahli keluarganya.

"Ibu saya dibesarkan daripada keluarga yang besar, dan mereka selalu mahukan anak yang ramai.

"Situasi itu memberi inspirasi kepada saya untuk mengambil anak angkat," katanya seperti dipetik daripada Hollywood.com.

Alba memiliki seorang anak perempuan, Honor hasil perkahwinannya dengan Cash Warren.

Artikel Sebelum

Yuni Shara Restui Raul-KD?

Artikel Berikut

Artikel Lain