suria

Scha Dilantik Wajah Baru Carefree

Scha terpilih sebagai wajah baru Carefree.
Scha terpilih sebagai wajah baru Carefree.
Scha terpilih sebagai wajah baru Carefree.

DENGAN personalitinya yang bersemangat, ekspresi dan spontan, Scha Al-Yahya muncul sebagai wajah baru untuk mewakili jenama panty liner No. 1 Malaysia, Carefree®.

Artis dan hos rancangan TV dengan senyuman menawan ini menjadi duta Carefree®, untuk mencerminkan semangat spontan serta penuh ekspresi jenama ini selain menerajui kempen terbarunya, dengan slogan “Tak Siap, Kalau Tak Pakai Carefree®”.

Selain daripada sesi bertemu dengan media dan para peminat di Giant Bandar Kinrara hari ini, untuk mengumumkan peranan barunya dengan Carefree® hari ini, Scha turut menekankan kepentingan memakai panty liner Carefree® sebagai sebahagian daripada amalan dandanan harian wanita agar mereka sentiasa kekal segar dan kering di kawasan intimasi.

“Kami akan gosok gigi, cuci muka dan sikat rambut setiap hari. Ini adalah sesuatu yang kami akan buat agar rasa segar dan bersedia untuk keluar semasa pagi atau memulakan hari tersebut.

"Demi mengekalkan kawasan intimasi kami segar dan kering sepanjang hari, pakailah Carefree® . Carefree® menggalakkan para wanita untuk menambah satu lagi langkah iaitu memakai panty liner dalam persiapan dandanan harian kita jadi kita sentiasa rasa segar, bebas dan kekal spontan untuk melakukan apa-apa sahaja yang kami ingini,” jelas Scha dengan senyumannya yang cukup menawan.

Pengurus Pemasaran Johnson & Johnson, Kevin Goldman dalam ucapannya semasa acara tersebut berkata Carefree® memahami bahawa mengekalkan kesegaran di kawasan intimasi dan bebas dari V-odor merupakan satu kerisauan buat semua lapisan wanita, tidak kira usia.

Dengan itu, jenama ini menyediakan rangkaian panty liner yang menjadi penyelesaian kepada kerisauan tersebut. Dengan adanya variasi premium dan produk terbaru mereka, Carefree® Acti-Fresh Healthy dan Carefree® Healthy Fresh mengandungi ekstrak tea tree semula jadi untuk mengawal bakteria yang disebabkan oleh peluh serta keputihan, dengan ini membantu wanita bebas daripada V-odor dan kekal bebas ekspresi diri.

Mengambarkan yang dirinya sebagai seorang yang aktif yang sentiasa sibuk, bergerak dari satu rancangan TV ke penggambaran yang berpanjangan di lokasi, Scha mementingkan kesegaran dan kebersihan diri, termasuk kawasan intimasinya. Kerana Scha sentiasa aktif, semamangnya dia risau tentang V-odor.

“Sememangnya rasa hebat sekiranya anda boleh mengurangkan satu lagi kebimbangan, seperti V-odor, jadi anda bebas melakukan apa-apa aktiviti yang diingini, setiap hari. Kehidupan saya memang sibuk menjadi hos dan berlakon, yang memerlukan masa yang panjang.

"Dengan menggunakan Carefree®, saya tetap segar dan panty saya sentiasa bersih dan kering sepanjang hari. Lebih-lebih lagi, ia memberikan saya kebebasan untuk mengekspresikan diri saya secara spontan, sesuatu yang penting bagi saya dalam bidang ini,” Scha berkata ketika sesi temu ramah semasa pelancaran.

Scha turut berkata bahawa dia amat gembira menjadi duta Carefree® serta menanti-nantikan pengalaman yang seronok, hanya dengan menjadi diri sendiri.

“Bagi saya, gadis Carefree® ialah seorang yang seorang yang seronok, bersemangat, optimistik, spontan dan always on-the-go. Merupakan seorang yang mengecapi kehidupan dengan sepenuhnya dan meraikan kecerian rasa bebas sebagai seorang wanita muda. Saya rasa, inilah sememangnya personaliti saya juga, dan sebab itulah saya gembira menjadi duta Carefree®,”Scha menerangkan.

Goldman turut bersetuju bahawa personaliti Scha yang ceria, rasa bebas dan berfeminin menarik perhatian Carefree® untuk mengenali gadis ini.

“Sebagaimana yang kita ketahui, Scha merupakan seorang gadis yang ceria dan aktif serta mempunyai keyakinan diri dan spontan. Inilah gadis carefree yang sebenar,” Goldman memberi penjelasan semasa ucapan.

Goldman memberitahu bahawa selepas menyaksikan keceriaan Scha yang penuh tenaga, mereka sedar bahawa Scha merupakan calon yang paling sesuai untuk menjadi duta Carefree®.

“Kami rasakan bahawa para gadis yang menggunakan Carefree® boleh kaitkan diri mereka dengan imej Scha yang ceria dan bebas ekspresi. Walaupun gadis mahukan keseronokan, namun mereka tetap prihatin dengan penjagaan diri mereka, seperti juga dengan sikap Scha akan penampilannya ,” kata Goldman.

Semasa majlis pelancaran, para peminat Scha telah beramai-ramai mengunjungi Giant Bandar Kinrara untuk menyokong selebriti kegemaran mereka. Mereka berpeluang mendekati aktres kesayangan mereka semasa majlis temu mesra Scha bersama para peminat di hadapan pameran Carefree® di bahagian penjagaan diri tersebut.

Scha Al-Yahya ditampilkan dalam komersial televisyen Carefree®, kempen Tak Siap, Kalau Tak Pakai Carefree® dan dikatakan mempunyai lebih banyak kolaborasi dengan jenama panty liner No. 1, yang akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain