suria

Harith Iskander kahwin Julai ini

Harith bersama tunangnya Jezamine Lim semasa pelancaran Restoran Samsaraa di Hartamas. - Foto The Star RICKY LAI HUA TECK
Harith bersama tunangnya Jezamine Lim semasa pelancaran Restoran Samsaraa di Hartamas. - Foto The Star RICKY LAI HUA TECK
Harith bersama tunangnya Jezamine Lim semasa pelancaran Restoran Samsaraa di Hartamas. - Foto The Star RICKY LAI HUA TECK

KUALA LUMPUR: Selebriti komedi terkemuka tanah air, Harith Iskander mengumumkan pertunangannya dengan pemenang Girl Next Door 2009 majalah FHM, Jezamine Lim sekali gus bakal mengahwini doktor dan model profesional berusia 27 tahun itu, pertengahan Julai tahun ini.

Menurut Harith, 43, dia bercadang mengadakan majlis sederhana dengan sekurang-kurangnya 80 hingga 100 tetamu sebaik sahaja menemui lokasi dan tarikh sesuai.

Katanya, mereka berdua bertemu melalui laman sosial, Facebook beberapa tahun lalu sebelum bersua wajah buat pertama kalinya pada 19 Januari tahun lepas.

“Saya tahu dialah wanita yang saya tunggu-tunggu selama ini kerana sudah lama saya mengimpikan isteri baik hati tidak kira bagaimanapun rupa parasnya.

“Akhirnya takdir menemukan saya dengan seorang doktor yang mengabdikan diri kepada pesakit, juga seorang model yang ‘hot’!” katanya kepada mStar Online.

Harith ditemui selepas melancarkan restoran miliknya bersama Jezamine dan rakan baik mereka, Gail Marianne James dikenali Samsaraa Kuala Lumpur di Desa Sri Hartamas, di sini malam ini.

Berkonsepkan dekorasi chic berlatar belakangkan perabot dan perhiasan hitam-merah, Samsaraa menawarkan menu bertema mengikut pilihan selebriti berkenaan seperti The Harith dengan tiga pilihan penyediaan hidangan ayam panggang yang juga makanan kegemaran beliau.

Pengunjung boleh mencuba sama ada Ayam Panggang Kampung yang dihidangkan bersama kentang lenyek, sayuran hijau dan sos kampung rahsia Harith, atau Ayam Panggang Thai (bersama nasi nanas, salad manga dan sos krim) dan Ayam Panggang Barat (wedges kentang, jagung bakar dan sos lada hitam).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain