suria

'Kekasih Gelap' Suami Sandra Bullock Lantik Peguam Terbaik

SUAMI pelakon terkenal Sandra Bullock, Jesse James dikatakan telah mempunyai hubungan dengan seorang model misteri itu selama tiga tahun dan dia secara terang-terangan menipu isterinya.

Wanita misteri yang mempunyai hubungan dengan Jesse itu dikatakan telah melantik peguam terkenal iaitu Gloria Allred.

"Saya akan mewakili seorang model yang merupakan ahli perniagaan. Dia sebenarnya telah menjalinkan hubungan intim dengan dengan suami Sandra Bullock selama tiga tahun," kata Allerd.

"Jesse terlalu sayang terhadap model itu. Dia kini dalam proses untuk tampil mengaku.

"Model yang juga ahli perniagaan tersebut turut mempunyai bukti mengenai hubungan mereka berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan juga gambar-gambar yang masih dalam simpanannya.

"Hubungan antara mereka juga dikatakan baru sahaja berakhir selepas diketahui umum," ujar Allred.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain