suria

Jimmy Tidak Mahu Pasangan Artis

Jimmy Shanley pilih orang biasa sebagai pasangan hidup.
Jimmy Shanley pilih orang biasa sebagai pasangan hidup.
Jimmy Shanley pilih orang biasa sebagai pasangan hidup.

BIARPUN hanya bergelar pengacara dan pernah memegang peranan sebagai penyampai radio, namun anak kelahiran Ipoh, perak ini tidak terlepas daripada kisah kontroversi yang melandanya.

Jimmy atau nama sebenarnya Azmy @ Jimmy Shanley Norjahan Saleh seringkali dihambat kisah-kisah panas, dan yang terbaru dikatakan telah bertunang dengan seorang gadis dari utara tanah air.

Bagi mendapatkan kepastian kisah disebalik gambar-gambar pertunangannya di internet itu, mStar Online telah menghubunginya bagi mendapatkan jawapan daripada empunya diri.

"Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai gambar-gambar yang tersiar di internet itu. Saya juga terkejut diberitahu oleh kawan-kawan terdekat mengenai penyebaran gambar itu.

"Saya tidak tahu mengapa seringkali saya dikaitkan dengan cerita bertunang dan berkahwin. Mungkin kerana saya sekarang memakai sebentuk cincin," ujar Jimmy, 30.

Selain itu, Jimmy turut menyuarakan pilihan hatinya adalah daripada kalangan orang biasa untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

"Saya memilih orang biasa sahaja, bukan tidak suka golongan artis, tetapi inginkan pasangan dari bidang lain.

"Jika pasangan saya seperti saya juga, nanti kami jarang mempunyai masa untuk bersama.

"Saya hanya mahukan seseorang yang memahami karier saya dan ringkas sahaja," kata Jimmy yang tidak meletakkan paras rupa sebagai perkara utama memilih pasangannya.

Ketika ditanya adakah dia fobia dengan kisah perceraian di kalangan para selebriti semenjak akhir-akhir ini menyebabkannya cenderung untuk memilih golongan orang biasa sebagai pasangan hidup, namun Jimmy mempunyai alasannya yang tersendiri.

"Saya tidak fobia atau takut, cuma saya ingin seseorang yang biasa dan ringkas sahaja.

"Jodoh dan pertemuan semuanya ditangan tuhan, orang biasa juga ramai yang bercerai, cuma kisah mereka tidak digembar-gemburkan seperti kalangan artis," kata Jimmy yang selesa membawa rancangan kegemaran ramai AF8.

Menurut anak bongsu daripada lapan beradik ini, dia tidak mahu cerita kontroversi yang melanda dirinya akan mengganggu tugasannya mengendalikan AF8.

"Buat masa ini saya mahu fokuskan kepada pengacaraan AF8 dulu. Saya tidak mahu kerana cerita-cerita sebegitu boleh mengganggu tugasan saya sekarang.

"Saya tidak akan ambil kisah dengan gambar-gambar tersebut buat masa ini. Mungkin ramai yang sudah membuat tanggapan apabila melihat gambar yang tersebar itu," ujarnya yang pernah tercalon sebagai Finalis Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pengacara Lelaki Popular 2005/2006.

Sementara itu, Jimmy turut memberitahu dia akan bersedia bercerita mengenai kisah di sebalik kontroversinya itu selepas berakhirnya AF8 pada Mei depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain