suria

Drew Barrymore Benci Digelar Selebriti

JIKA ada satu perkara yang boleh menaikkan kemarahan aktres dan produser Drew Barrymore adalah dengan menggelarnya selebriti.

Bintang filem E.T itu yang telah menghambakan hidupnya pada publisiti dan perhatian umum sejak kecil lagi mengakui dia sangat benci dengan perkataan 'selebriti'.

"Selebriti! Ia adalah perkataan yang sangat menjijikkan dan boleh buat saya sakit bila mendengarnya.

"Saya bermula sebagai pelakon ketika di zaman kanak-kanak dan kini setiap kali orang memanggil saya dengan giliran itu (selebriti), saya rasa seperti hendak tembak mereka saja.

"Saya berusaha keras selama 35 tahun untuk dikenali sebagai seorang yang bertanggungjawab, boleh diharap dan dipercayai dalam bidang ini.

"Sebaliknya, orang luar sesuka hati memanggil saya dengan gelaran itu yang menggambarkan individu yang hanya mengejar populariti tanpa kualiti dan bakat sebenar," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar The Guardian.

Tambah Barrymore, "Ia kedengaran seperti nama yang yang paling buruk dalam planet bumi.

"Saya benci perkataan itu tapi orang sentiasa memanggil saya dengan gelaran itu. Saya adalah pelakon, penerbit, pengarah, kanak-kanak atau apa sahaja kecuali selebriti."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain