suria

Dennis Hopper Kini Nazak

Wajah terbaru Dennis Hopper ketika tampil di majlis Hollywood Walk of Fame, semalam. - Foto AFP
Wajah terbaru Dennis Hopper ketika tampil di majlis Hollywood Walk of Fame, semalam. - Foto AFP
Wajah terbaru Dennis Hopper ketika tampil di majlis Hollywood Walk of Fame, semalam. - Foto AFP

AKTOR lagenda Hollywood Dennis Hopper, 73, kini dalam keadaan nazak ekoran penyakit kanser prostat yang dideritainya, demikian menurut kenyataan peguamnya.

Hopper yang kini dalam proses penceraian bersama isterinya, Victoria dilaporkan berada dalam keadaan yang terlalu lemah untuk tampil ke mahkamah bagi proses perbicaraan kes cerainya itu, awal minggu ini.

Menurut keterangan doktornya David Agus kepada mahkamah, berat badan aktor itu susut secara mendadak hingga kurang daripada 45kg sejak dia mengidap penyakit yang membawa maut itu.

Hopper yang menjalani rawatan di Universiti Southern California, AS, memutuskan untuk tidak muncul di kawasan umum sejak mula didiagnosiskan penyakit itu akhir tahun lalu.

Sepanjang bergelar anak seni lebih daripada separuh abad, Hopper membintangi beberapa judul filem klasik termasuklah filem-filem hit Rebel Without A Cause (1955) bersama aktor James Dean, Apocalypse Now (1979) dan Blue Velvet (1986).

Bagaimanapun, aktor itu berjaya menggagahkan diri untuk muncul di majlis pengisyhtiharan namanya di laluan kaki lima, Hollywood Walk of Fame, semalam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain