suria

Patung Robert Pattinson Ditempatkan Bersama Johnny Depp

BINTANG filem Twilight, Robert Pattinson kini mendapat penghormatan apabila menjadi salah satu penghuni Madame Tussauds, London. Patung lilin aktor berusia 23 tahun ini sekarang diletakkan di muzium Inggris itu.

Untuk seorang pendatang baru di Hollywood, Pattinson mendapat penghormatan lantaran patungnya telah di tempatkan di VIP hall bersama Johnny Depp dan George Clooney. Jurucakap muzium ini mengatakan bahawa aktor Inggris itu dipertimbangkan sebagai bintang 'panas' hingga patungnya patut menghiasi tempat yang sama dengan seniornya.

"R-Patz (panggilan untuk Pattinson) salah satu selebriti paling hot buat masa ini. Kami sangat gembira boleh memberi mereka kesempatan berdekatan dengan idola mereka di sini, di Madame Tussauds dan kalau dilihat dari reaksi pengunjung yang bertemu dengannya di sini, dia telah menjadi selebriti yang paling ingin dicium," kata jurucakap muzium ini seperti dipetik Splash News.

Artikel Berikut

Artikel Lain