suria

Lisa Tidak Lagi Kekok Bergandingan Dengan FK

Lisa tidak mahu memikirkan soal jodoh. Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT
 Lisa tidak mahu memikirkan soal jodoh. Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT
Lisa tidak mahu memikirkan soal jodoh. Foto The Star Oleh SHAARI CHE MAT

MENJANGKAU 24 tahun pada 23 Mac lalu, Lisa Surihani semakin matang dalam lakonannya.

Dia yang bakal keluar dengan filem terbaru Semerah Cinta Stilleto bergandingan dengan Farid Kamil menganggap lakonan yang terbaik adalah apabila mendapat maklum balas dari penonton.

"Saya akui semasa awal kemunculan saya memang ramai yang bagi pendapat tentang lakonan saya, namun saya ni jenis yang rajin bertanya jadi sedikit sebanyak saya cuba memperbaiki mutu lakonan saya.

"Jika ditanya tentang kepuasan saya dalam setiap filem atau drama, jawapannya saya tidak pernah berpuas hati. Saya percaya jika kita meletakkan diri kepada satu tahap yang selesa, saya akan leka.

"Oleh itu, biar rasa tidak puas hati membantu saya untuk terus belajar. Saya juga suka jika ada yang mengkritik lakonan saya," jelas Lisa.

Ketika ditanya tentang keserasianya dengan pelakon kacak Farid Kamil dalam mengemudi filem Semerah Cinta Stilleto, Lisa mengakui Farid seorang yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman.

"Jika masyarakat terima saya dengan Farid sebagai pasangan kekasih dalam filem, itu sesuatu yang baik. Mereka yang menilai keserasian itu.

"Saya akui mula-mula saya bergandingan dengan Farid saya terlalu kekok. Saya segan nak berlakon dengan dia sebab dia Farid Kamil sedangkan saya ini hanya pelakon baru.

"Tapi Farid jenis yang tidak sombong, dia banyak membantu saya dan beri idea. Untuk filem ini saya tidak kekok lagi" katanya.

Lisa yang memegang watak sebagai Stilla yang hidup dengan kemewahan jatuh hati dengan pemuda yang berkerja sebagai penjual ikan di pasar. Cinta mereka terhalang akibat darjat yang berbeza. Bagaimanapun selepas mengejar cita-cita masing-masing mereka akhirnya ditemukan semula oleh takdir.

"Cerita ini mudah dan tidak berat sesuai untuk semua peringkat umur. Namun begitu ada mesej yang ingin disampaikan," jelasnya.

Dalam pada itu, Lisa yang menyambut hari lahirnya mengharapkan yang terbaik dari setiap perkara yang dilakukannya.

"Sempena hari lahir saya ini saya mengharapkan yang terbaik sepanjang tahun ini, namun soal jodoh pula saya hanya berserah kepada Allah, saya tidak meminta atau menghindarkannya.

"Buat masa ini saya hanya fokus pada kerja sahaja. Saya tidak mahu meancang tentang jodoh, biar ia datang sendiri" ujar anak keempat dari lima beradik ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain