suria

Misi Terbaru Sheila Majid Bersama Regine Velasques

KERJASAMA yang dilakukan oleh pihak MUZIKON untuk berkolaborasi antara artis tempatan dengan artis-artis di negara Asean sokongan dan sambutan yang begitu memberangsangkan.

Ruang baru yang dicipta oleh pihak MUZIKON memberi peluang untuk artis-artis Malaysia mengambangkan bakat mereka ke persada Asean.

setelah melancarkan label MUZIKON dan projek duet sulungnya iaitu lagu duet pertama berjudul Anugerah Cinta nyanyian Noryn Aziz dan Christian Bautista, kini MUZIKON melebarkan lagi sayapnya.

Kini MUZIKON meneruskan misi kedua mereka dengan memperkenalkan sebuah lagi single terbaru yang kali ini melibatkan dua nama besar daripada Malaysia dan juga Filipina iaitu Regine Velasquez dan juga Ratu Jazz tanah air, Datuk Sheila Majid.

Dua nama tersohor ini telah dipertemukan oleh MUZIKON dalam satu kolaborasi duet yang julung kalinya. Bukan Salah Cinta lagu ciptaan Amel De Pano (Filipina) dan liriknya telah dialih bahasa oleh Tris Zainol Abidin menjadi lagu pilihan gandingan padu untuk dua bintang utama ini.

Menurut pengarah urusan MOZIKON Richard Voon, bukan satu perkara mudah untuk merialisasikan projek lagu duet untuk Regine dan juga Sheila. Ianya mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk meyakinkan kedua-dua belah pihak bagi menyertai projek ini.

"Saya berbangga kerana hasil perbincangan mereka bersama kedua artis tersebut disambut baik dan akhirnya berjaya membawa MUZIKON menghasilkan satu lagu duet yang penuh bermakna untuk mereka meneruskan misi projek IKON and Friends.

"Ia juga menunjukkan betapa komitednya usaha dalam memastikan artis tempatan kita mampu bersaing dan menempatkan diri mereka di peringkat Asean," jelasnya.

Proses rakaman lagu ini telah dijalankan secara berasingan di Kuala Lumpur dan juga Filipina. Lagu Bukan Salah Cinta telah disusun semula oleh Acis dan diadun oleh Greg Henderson.

"Sheila merakamkan versi beliau di Malaysia dan kemuadiannya rakaman Regine dijalankan di Filipina. Apa yang menarik ialah lagu ini akan dinyanyikan dalam versi Bahasa Malaysia oleh Regine.

"Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi Regine telah menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain