suria

Jeritan Peminat Punca Robert Pattison Jadi Pekak

PELAKON Robert Pattison meluahkan kebimbangannya dengan jeritan dan pekikan peminat yang memanggilnya apabila dia bertemu mereka di mana-mana majlis atau di tempat awam.

Pelakon itu mengakui dirinya memang mengalami masalah pendengaran yang serius sebelum ini. Masalah itu bertambah buruk dengan jeritan para gadis yang terlalu memujanya.

"Kenyataan bahawa saya hampir pekak disebabkan masalah pendengaran begitu membimbangkan saya. Ia diburukkan lagi dengan jeritan peminat wanita setiap kali mereka melihat saya," demikian menurut kenyataan aktor berusia 23 tahun itu kepada akhbar Sun.

Sementara itu, Pattison juga membuat pendedahan bahawa dia tidak begitu menyenangi populariti mendadak yang dikecapinya sejak membintangi filem Twilight.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain