suria

Penelope Cruz Jadi Kekasih Depp Dalam Pirates 4

Cruz bakal digandingkan dengan Johnny Depp dalam filem Pirates 4.
Cruz bakal digandingkan dengan Johnny Depp dalam filem Pirates 4.
Cruz bakal digandingkan dengan Johnny Depp dalam filem Pirates 4.

PELAKON terkenal Hollywood, Penelope Cruz akan membawakan watak sebagai kekasih kepada Johnny Depp dalam siri keempat filem Pirates Of Caribbean arahan Jerry Bruckheimer.

Aktres Sepanyol itu telah menandatangani persetujuan untuk melakonkan watak sebagai anak kepada pelakon British, Ian McShane yang memegang watak Blackbeard dalam Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides.

"Cruz akan menjadi anak perempuan kepada lelaki yang jahat. Terdapat babak romantik antara kapten Jack dengan karakter yang dipegang oleh Penelope," kata Bruckheimer.

Depp dan Cruz pernah digandingkan bersama memegang watak sebagai suami isteri pada tahun 2001.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain