suria

Demi Moore Bantu Remaja Dari Bunuh Diri

DEMI Moore memanfaatkan hobinya bertwitter untuk tujuan baik iaitu menyelamatkan jiwa orang lain.

Seorang remaja berusia 18 tahun dari Florida, telah menghantar mesej di halaman Twitter Moore. Pemuda ini menyatakan bahawa hidupnya teruk dan ingin membunuh diri.

Pemuda tersebut juga menulis 'akan menggantung diri di sebuah pohon di luar rumah dan mengakhiri hidupku'. Aku tak punya alasan lagi untuk hidup. Tak seorangpun peduli jika aku mati atau hidup.'

Moore membalas ayat tersebut dengan menawarkan bantuan kepada remaja ini, yang dijawabnya 'Iya.' Selebriti ini akhirnya memberitahu perkara tersebut kepada pihak polis.

Kemudian, laporan media, pihak polis telah datang dengan segera kerumah remaja terbabit dan mendapati remaja tersebut sedang duduk menangis di depan komputernya. Menurut keterangan ibu remaja tersebut, anaknya menderita OCD (Obsessive Compulsive Disorder).

Moore selepas itu mengemaskini twitternya dengan mengatakan "Terima kasih Twitterverse semalam kerana membantu orang yang menderita."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain