suria

Jessica Simpson Mahu Siri Kedua Price Of Beauty

Jessica Simpson tumpukan kepada rancangan realiti TV The Price Of Beauty.
Jessica Simpson tumpukan kepada rancangan realiti TV The Price Of Beauty.
Jessica Simpson tumpukan kepada rancangan realiti TV The Price Of Beauty.

PENYANYI terkenal Jessica Simpson mengumumkan kepada peminatnya supaya tidak mengharapkan lagu terbaru daripadanya dalam masa yang terdekat. Simpson kini dikatakan sedang sibuk untuk menjayakan rancangan realiti televisyen The Price Of Beauty.

Program tersebut mengisahkan mengenai penggambaran aktres itu merentasi dunia mempelajari penjagaan dan kecantikan setiap negara yang berlainan. Kaedah kecantikan yang diamalkan itu termasuk dari negara Afrika dan Jepun.

Simpson yang menggunakan khidmat pereka riasnya, Ken Paves dan Pal Casey Cobb berharap rancangannya itu mendapat persetujuan pihak rangkaian VH1 untuknya meneruskan rancangan itu kepada siri yang kedua.

"Saya sekarang tengah mempromosikan rancangan itu dan berharap dapat menyambungnya untuk siri kedua supaya dapat mengembara ke beberapa negara lagi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain