suria

Eminem Sumber Inspirasi Saya: 50 Cent

50 Cent Akui Eminem sumber inspirasinya.
50 Cent Akui Eminem sumber inspirasinya.
50 Cent Akui Eminem sumber inspirasinya.

PENYANYI Rap terkenal, 50 Cent mengakui Eminem merupakan sumber inspirasinya untuk bergelar penyanyi yang berjaya di peringkat antarabangsa.

"Saya masih ingat kejayaan Eminem semasa menerima plak "The Marshall Mathers LP", serta mengelilingi 35 buah negara dan menghasilkan rakaman platinumnya sendiri," kata Jackson.

Penyanyi 50 Cent atau nama sebenarnya Curtis Jackson, percaya dia akan menempa kejayaan seperti Eminem sekiranya dapat mengadakan persembahan di banyak tempat.

"Saya percaya, kebanyakan artis mempunyai impian untuk ke luar negara untuk mengadakan persembahan. Ini kerana melalui perbezaan tempat dapat menarik minat seseorang terhadap lagu kita.

"Saya sekarang begitu teruja untuk mengadakan persembahan di luar. Kebanyakan lagu yang saya dengar juga daripada artis baru. Sesetengah lagu mereka ada yang bagus dan sebaliknya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain