suria

Saya Seronok Berlakon Teater Gamat 2: Amy

Amy Matura bersama anak keduanya menjayakan teater Gamat 2. Foto The Star Oleh M.SAHAR MISNI
Amy Matura bersama anak keduanya menjayakan teater Gamat 2. Foto The Star Oleh M.SAHAR MISNI
Amy Matura bersama anak keduanya menjayakan teater Gamat 2. Foto The Star Oleh M.SAHAR MISNI

KEMUNCULANNYA dalam industri muzik sejak berbelas belas tahun dahulu membuktikan dia antara artis yang memiliki bakat menyanyi dan berlakon.

Selepas berjaya dengan menghasilkan tujuh buah album dalam bidang nyanyian, Amy Mastura kini mengorak langkah bergelar pelakon teater.

Terbaru, Amy Mastura kini sedang sibuk dengan pementasan teater muzikal Gamat 2.

"Saya memang minat dengan teater muzikal kanak-kanak, lagi pun saya suka bekerja dengan kanak-kanak.

"Selepas berlakon teater Gamat yang pertama, saya berasa teruja dengan tawaran untuk berlakon dalam dalam siri kedua ini.

"Anak saya yang kedua juga turut terlibat dalam teater ini, " ujar Amy, 39.

Walaupun sedar dengan kesibukan dengan kariernya sebagai pelakon drama, pengacara dan menyanyi, namun Amy tidak menghampakan pementasan teater itu.

"Saya sebenarnya seronok berlakon teater, saya akan pastikan tidak terlepas dengan latihan supaya dapat memantapkan lagi lakonan saya.

"Soal penjagaan anak, saya akan serahkan kepada suami ketika sibuk dengan latihan dan pementasan," ujar penyanyi yang popular dengan lagu Happy itu.

Amy yang turut menjayakan kedua-dua siri teater Gamat itu mempunyai pandangannya tersendiri dengan teater yang berjaya menarik minat kanak-kanak untuk datang menonton sempena cuti sekolah ini.

"Teater Gamat musim kedua ini lebih pendek dan mesej yang disampaikan juga secara terus. Plot ceritanya lebih senang difahami dan banyak karakter baru.

"Kali ini juga teater Gamat turut menampilkan Ziana Zain dan Misha Omar, rasa lebih meriah dengan kehadiran mereka," ujar Amy sambil ketawa.

Amy juga mengakui dia senang bekerjasama dengan Ziana Zain dan Misha Omar dalam teater Gamat 2 itu di samping pelakon Diana Johor.

"Walaupun mereka masih baru dalam lakonan teater, namun mereka tidak mempunyai masalah beraksi di atas pentas kerana pengalaman sebagai penyanyi dan pelakon. Mereka juga tidak kekok.

"Sekiranya mereka meminta bantuan daripada saya, pastinya saya akan tolong," kata duta produk kesihatan Lifebuoy itu.

Artikel Lain