suria

Kemenangan Berganda Priyanka Chopra

PRIYANKA Chopra kelihatan cantik dengan memakai sari semasa menerima anugerah pelakon terbaik di majlis Anugerah Nasional. Priyanka telah meraikan anugerah itu bersama keluarganya yang turut meraikan pelancaran album bapanya.

"Keluarga saya termasuk ibu bapa dan datuk saya berada di majlis Anugerah Nasional itu. Saat itu adalah untuk saya bersama keluarga. Hari Sabtu pula kami semua akan meraikan pelancaran album bapa saya. Kemenangan saya dan kejayaan bapa melancarkan albumnya seperti meraikan kemenangan yang berganda.

Priyanka menerima anugerah pelakon wanita terbaik menerusi filem Fashion. Manakala filem terbaru yang dibintangi pula ialah Saat Khoon Maaf yang memegang watak isteri mempunyai tujuh orang suami.

Artikel Lain