suria

Suami Sandra Bullocks Minta Maaf Kerana Menipu

Sandra Bullock bersama suaminya Jesse James ketika menerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Oskar.

SUAMI Sandra Bullock, Jesse James meminta maaf terhadapnya kerana menipu.

James yang juga pelakon filem "Monster Garage" pernah menjalinkan hubungan dengan Michelle McGee semasa isterinya itu sibuk dengan penggambaran untuk filem "The Blind Side" di Atlanta.

"Semuanya bermula daripada sikap saya sendiri. Saya bersedia menghadapi perkara buruk yang bakal berlaku," katanya kepada majalah People.

"Isteri dan anak-anak saya kini sedang menanggung malu akibat tindakan saya itu. Saya begitu sedih kerana mengecewakan mereka.

"Saya betul-betul bersalah terhadap mereka. Saya harap suatu hari nanti mereka akan memaafkan saya," kata James.

Akibat kejadian itu, Bullock dikatakan telah keluar dari rumah mereka di Los Angeles.

Artikel Berikut

Artikel Lain