suria

Sembilan Karakter Bipasha Dalam 'Pankh'

Bipasha Basu akan membawa sembilan karakter dalam Pankh.
Bipasha Basu akan membawa sembilan karakter dalam Pankh.
Bipasha Basu akan membawa sembilan karakter dalam Pankh.

PRIYANKA Chopra akan membawa 12 karakter dalam filem terbarunya What's Your Raashee?. Terkini, Bipasha Basu juga membawa watak yang sama dalam filem Pankh yang memerlukannya membawa sembilan karakter yang berbeza.

Aktres terkenal itu akan berimaginasi dengan watak-watak dalam filem terbaru arahan Sudipto Chattopadhyay.

Dalam filem itu, Bipasha Basu akan menampilkan perbezaan setiap karakternya dan akan bergandingan dengan Maradona Rebello. Filem itu akan mula ditayangkan pada 2 April ini yang diterbitkan oleh Sanjay Gupta.

Filem Pankh, mengisahkan kehidupan seorang lelaki (Rebello) yang mempunyai kawan baik seorang artis. Akibat keakraban itu, dia telah jatuh cinta dengan kawannya yang dilakonkan oleh Bipasha.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain