suria

Saya Kehilangan Cinta Pertama Kerana Kanser: Vivek Oberoi

AKTOR terkenal Vivek Oberoi memberitahu dia pernah kehilangan kekasih hati akibat penyakit kanser ketika dia berumur 18 tahun.

"Semasa saya berumur 18 tahun, saya telah kehilangan cinta pertama. Teman wanita saya ketika itu berumur 13 tahun," katanya di dalam laman sosial twitter.

Vivek selaku duta kepada Persatuan Pertolongan Pesakit Kanser (CPAA) berkata, dengan membantu pesakit-pesakit kanser, dia dapat memberikan penghormatan kepada mendiang kekasihnya itu.

"Setiap masa saya akan menolong CPAA dengan meluangkan masa dengan melawat pesakit di hospital selain mengikuti Hari Rose atau menyambut hari jadi saya dengan mereka," katanya.

Terbaru, Vivek Oberoi bakal tampil dengan watak utama dalam filem lakonannya terbaru berjudul "Prince" selepas lima tahun.

Artikel Lain