suria

MAS Anjur Pertandingan Filem Pendek Detik-detik MH

PETALING JAYA: Bakat-bakat muda kini berpeluang untuk menonjolkan bakat mereka dalam pembikinan filem kepada penonton global menerusi pertandingan filem pendek "Detik-Detik MH" anjuran Penerbangan Malaysia (MAS).

Menurut jurucakap MAS, filem yang berjaya akan ditayangkan menerusi sistem hiburan dalaman pesawat syarikat tersebut ke seluruh dunia.

"Teruja dengan semakin popularnya filem-filem pendek, Detik-Detik MH bertujuan untuk memberi peluang kepada bakat-bakat kreatif untuk melahirkan interpretasi mereka sendiri mengenai Hospitaliti Malaysia menerusi filem yang tidak melebihi tiga minit panjangnya," kata jurucakap tersebut.

Pertandingan adalah terbuka kepada pelajar tempatan dan asing yang belajar di universiti tempatan.

Penyertaan dibuka dari 11 Mac hingga 16 April ini.

Para peserta boleh mendaftar secara individu atau berpasukan sehingga tiga orang, menerusi borang yang boleh dimuat turun di http://www.mastraveller.com/detikmh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain