suria

Price Ugut Dedah Perangai Buruk Bekas Suami

KATIE Price, bekas isteri Peter Andre, mengugut untuk mendedahkan kisah Andre dalam sebuah buku yang akan diedarkan tidka lama lagi.

Yang menariknya, Price berkata isi kandungan buku itu akan membuat Andre 'kecut perut'.

"Saya tidak mahu membuat dia susah hati tetapi peminat dan orang ramai perlu tahu yang Andre bukans eperti yang orang ramai sangka. Saya mahu dia teruskan kehidupan seperti saya tetapi dia enggan," kata Price kepada laman dailymail.co.uk.

"Tengoklah nanti. saya akan dedahkan kebenaran dna saya tidak akan sorokkan apa-apa lagi. Saya akan takut kalau saya jadi Andre," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain