suria

Jennifer Tolak Perlawaan Brad Pitt Jalin Hubungan Semula

AKTRES Jennifer Aniston membuat bekas suaminya Brad Pitt 'gigit jari' apabila Aniston menolak perlawaan ketika diajak menjalinkan hubungan lagi dengan bekas suaminya itu. Hasilnya kini Pitt sudah kembail semula ke pangkuan Jolie.

Ketika hubungan Brad Pitt dan Angelina Jolie hangat dikatakan putus, Pitt dikatakan telah mengajak Aniston untuk kembali menjalinkan hubungan semula. Namun perlawaan Pitt ditolak mentah-mentah oleh bintang drama siri 'Friends' itu.

"Saya lebih selesa untuk keluar dengan orang lain dan tidak pernah terfikir untuk kembali kepada Pitt," jelasnya.

Penolakan Aniston itu membuat Pitt terkejut. Aktor yang terkenal mampu menaklukkan ramai perempuan cantik itu, tidak menyangka dirinya akan ditolak oleh bekas isterinya itu.

"Pada akhirnya Brad hanya bersadar dan kembali semula kepada Angelina bersama enam orang anak mereka," jelas sumber yang dipetik dari National Enquirer.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain